8:37:00 AM

*Petikan...read me.


Sekarang, kalau terfikir apa yang kau buat itu salah, mesti hendak berpatah balik. Atau berpaling tadah. Ingat kan askar negara ke nak berpaling tadah. Padan muka. Siapa suruh lawan dengan Karma. Tak pernah dengar ke nama Karma tu kuat? Sampai ramai artis buat lagu pasal dia. Bila dah dapat karma, baru kau rasa apa yang pernah orang lain rasa. Orang lain yang kau tendang kuat-kuat, hentak laju-laju. Kau mana rasa. Sebab dulu kau fikir hati kau je. Kau tak fikir hati orang. Sekarang baru kau rasa. Sakit lah gila. Kalau kau pernah buat dekat 24 orang. Kau tunggu lah kau akan kena balasan tu 42 kali. Berlipat kali ganda. Dan berturutan. Manusia memang macam ni. Berjalan tak ingat kaki. Kepala pun huyung-hayang. Bila kena hantuk dengan dahan kuat, dengan kuat. Kuat yang amat. Baru rasa macam kena tepuk dekat dahi. Baru rasa macam terjaga dari mimpi. Baru rasa realiti. Bau pun tak sedap. Pandang pun tak cantik.


Jadi, setiap kali, bila nak buat keputusan, fikir dalam-dalam. Kalau kau rasa Lautan Atlantik tu dalam, kau fikirlah sedalam itu. Bila kawan kata, take-it-slow.
Take. It. Slow. Jangan jadi budak 4 tahun. Baru merangkak, dah nak pegang dinding nak berjalan. Kalau boleh nak jalan dekat dinding macam Cicakman. Baru keluar 2 batang gigi, dah nak makan kerusi meja. Nak gigit sofa baru mama. Kuat nya. Kalau aku tahu, aku take it slow. Bila aku kata slow, ertinya slow. Bukan nya lembab. Tapi lembab yang pandai. Ambil langkah yang perlahan. Tapi efek dia besar. Kenali engkau dulu. Baru kau tak rimas. Kan?

*Quoted by who?? So real.otaksempoi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails